Friday, 9 September 2011

Negara Maju

Salam semua. Thankz kepada mereka yang sudi menjengah blog aku yang tak seberapa nie dan kepada semua readers yang sudi memberi komen. Di sebabkan malam nie aku tak dapat nak tido awal, so aku nak meneruskan entry yang berikutnya iaitu berkenaan negara maju. Bagaimanakah kita hendak mencapai taraf sebuah negara maju? Apakah criteria sebuah negara maju dan adakah kita sekarang berada dalam sebuah negara yang maju?

Secara umumnya, negara maju sering di kaitkan dengan pembangunan teknologi dan industri serta ekonomi Click Here. Sebuah negara yang mencapai tahap teknologi dan tahap perindustrian yang tinggi akan di kelaskan sebagai negara maju. Selain itu, ia sering di kaitkan dengan pembangunan ekonomi. Negara yang mempunyai pendapatan perkapita yang tinggi akan di anggap sebagai negara maju Click Here. Antara contoh negara yang dikelaskan sebagai negara maju di dunia ini adalah seperti Jepun, Canada, USA, Britain, dan negara-negara Eropah yang lain. Namun persoalannya di sini, adakah mereka ini sudah menepati ciri-ciri sebuah negara maju?

Sebuah negara yang maju sebenarnya tidak hanya di lihat dari sudut ekonomi semata-mata tetapi haruslah di lihat dari semua aspek seperti politik dan juga sosial. Jika kita hanya melihat dari sudut ekonomi, sebuah negara yang mampu mencapai pendapatan yang tinggi boleh di kelaskan sebagai negara yang maju. Tapi, jika kita kaji dari sudut politik dan juga sosial kita akan dapat melihat bahawa tidak semua negara yang berjaya mencapai ciri-ciri sebuah negara maju.

Sebagai contoh, di Amerika Syarikat (US) masih lagi terdapat penduduk yang miskin dan tahap kemiskinan mereka ini kadang-kala telah membawa kepada masalah tempat tinggal. Di US masih lagi terdapat penduduk yang tidak mempunyai tempat tinggal. Di US juga masalah jenayah dan juga masalah sosial yang lain sering berlaku setiap hari dan ini membuktikan bahawa US tidak mampu menangani masalah sosial di negaranya.

Selain itu, terdapat juga negara yang masih mempunyai sistem politik yang lemah iaitu dari segi pentadbiran kerajaan mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak dapat mengawal negara mereka dengan baik. Sistem politik yang lemah ini juga akan membawa kepada berlakunya kekecohan di dalam negara tersebut seperti berlakunya demonstrasi dan revolusi serta membawa kepada kerosakan dan kehancuran apabila terdapt negara lain yang mengambil kesempatan di atas kejadian tersebut.

So, persoalannya di sini adakah negara-negara yang kita selalu dengar sebagai sebuah negara yang maju itu benar-benar maju? Adakah kita berjaya mencapai sebuah negara yang maju? Sebenarnya persoalan ini ringkas dan mudah je tapi aku hanya kurang bersetuju kalau korang kata negara maju tu adalah negara yang mempunyai banyak bangunan tinggi-tinggi, ekonomi pesat, teknologi yang canggih-canggih. Ya, apa yang di katakan ni memang betul tapi bagi aku kurang tepat. Apa gunanya negara korang ada banyak bangunan tinggi, teknologi canggih-canggih tapi masih lagi ada penduduk yang tak ade rumah, buat macam-macam jenayah dan masalah sosial yang lain meningkat?

Negara yang maju haruslah seiring dengan kemajuan tamadun negara tersebut juga. Kalau ekonomi naik, dari segi sosial juga perlu ada peningkatan. Tamadun yang baik adalah dengan mengurangkan pelbagai masalah yang di hadapi. Untuk mengurangkan masalah yang di hadapi memerlukan perancangan dan strategi yang berkesan. Benda nie semua hanya boleh di capai jika negara kita mempunyai sebuah sistem pentadbiran dan kerajaan yang bagus. Untuk mencapai sebuah kerajaan yang bagus, individu dalam kerajaan tersebut juga harus mempunyai ilmu yang bagus. Ilmu tanpa panduan yang baik juga sia-sia kerana ia akan membawa kepada kehancuran dan kerosakan satu hari nanti. Oleh itu, untuk mencapai sebuah negara maju kesemua perkara ini harus di ambil berat dan ianya saling berkaitan antara satu sama lain.

So, secara ringkasnya kita boleh  katakan bahawa negara yang maju itu hanya boleh di katakan sebegitu jika ianya mempunyai sistem ekonomi, politik, dan sosial yang baik serta di bantu dengan panduan agama yang baik. Jadi, adakah negara anda sebuah negara yang maju? Adakah kita boleh mencapainya dan bagaimana cara untuk mencapainya? jawapan kepada persoalan ini ada pada anda. Fikir-fikirkanlah. Jika anda ingin berkongsi pendapat anda pula sila berbuat demikian di ruangan komen. Sehingga bertemu lagi....BuBye.....

"Knowledge is Power but Attitude is More"
 

6 comments:

Zulfikar Hazri said...

USA, takda health Insuran, jenuh nak masuk hospital nak dapat rawatan....

takde macam negara kita yang tak berapa nak maju ni, sakit demam batuk, bayar rm1 boleh dapat ubat.

masuk ward... rm 20-40 je.

Syukur duduk bumi Malaysia.

sha my heart said...

Maju atau mundur biasanya bergantung kepada tiga perkara asas: ekonomi, sosial dan politik. Semua ini berkait dengan tamadun.

Entah siapa yg mmperkenalkan beberapa buah negara maju.. (tak pandai nak hurai bab ni sebab tak ada ilmu yg cukup).

Majulah sukan utk negara. *ttba. Haha~

P/s: letaklah gambar barang sekeping dua dalam entri. Dah la layout membosankan. tak la bosan sangat nak ngadap kalau ada gambar. Hehe~ jangan marah.

Mista Ieemmm...!!! said...

haha...comment nie kira tribute kepada entry kak sha yg dulu la ye....

bukan xnak letak gambr kak sha..takut loading lambat jer nnt...xpe, insyaallah entry leps nie sy letkkan erk....memang ade terpikir nak letak gambar pun sebelum nie...

*tq for ur comment

Abu Farras said...

Semoga negara kita akan semakin maju dalam segala bidangnya aamiin...
Sekalian follow sini sobat

Mista Ieemmm...!!! said...

Harap-harap macam tu la....yang penting kita kene terus berusaha dan berdoa untuk mendapat berkat dariNya....doa tanpa usaha pun tak boleh juga kan...

sha my heart said...

tribute to entry kak sha? Which one ya?

gambar satu dan kecil tak memberi kesan sangat pada loading. tapi kalau gamabr banyak memang berat nak load.

Ok, selamat letakkan pic =)