Monday, 5 September 2011

Jihad Dalam Peperangan

Salam kepada semua readers dan visitors. Hari ini aku nak borkongsi pendapat aku berkenaan Jihad dalam konteks perang. Tapi sebelum itu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Umat Islam di seluruh dunia walaupun agak terlambat nak ucap. Maklumlah, time raya baru nie tak sempat nak bukak blog nie. By the way, thankz a lot to all my readers and followers yang sudi membaca entry aku sebelum nie. Thankz jugak kepada mereka yang sudi memberi pendapat dan idea korang tue.

Kalau kita berbincang berkenaan jihad nie, konteks dia sangat luas. Tapi hari nie aku nak bincang berkenaan jihad dalam konteks perang sebab aku tengok ade beberapa kelompok masyarakat yang kurang jelas berkenaan konsep jihad nie. Aku malas nak cerita pasal jihad memerangi nafsu dan yang sama waktu dengannye nie sebab dalam konteks nie aku rasa ramai yang dah jelas kan.

Ada beberapa kelompok dari kita yang berpendapat jihad nie adalah berkenaan menyerang dan menghapuskan orang-orang kafir. Tapi ramai yang tak sedar bahawa terdapat perbezaan di antara orang kafir dan juga non-muslim. Dua terms nie sangat berbeza yer. Benda nie kita akan bincang dalam entry yang lain pulak nanti. So, jangan terlalu cepat membuat keputusan.

Ada juga yang berpendapat jihad yang sebenar adalah dengan mengebom semua negara-negara dan tempat-tempat yang ada orang-orang yang dikategorikan sebagai zalim terutamanya di negara-negara barat seperti Amerika. Ada yang kata jika kita berjaya seksa mereka nie dengan kejam jihad kita akan jadi lebih besar nilainya. Banyak pendapat-pendapat yang diutarakan oleh individu-individu tertentu berkenaan jihad nie. Tapi sedarkah kita kadang-kala kita sudah tersilap langkah dalam membuat penilaian berkenaan konsep jihad nie.

Ramai yang tersalah anggap akan konsep jihad sama ada di kalangan Muslim sendiri ataupun yang Non-Muslim. Konsep nie makin di salah anggap selepas peristiwa 9/11 dulu. So, hari nie aku rasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan konsep yang telah di salah tafsir nie supaya imej Umat Islam di seluruh dunia dapat di tingkatkan sebab selepas tragedi 9/11 dulu orang da mula menganggap Islam sebagai terrorist dan mereka mula menganggap terdapat threat dari Islam kepada mereka kerana mereka juga sudah tersalah tafsir berkenaan konsep jihad nie. Mungkin ini semua di sebabkan banyak sangat propaganda yang di buat untuk menjatuhkan imej Umat Islam di dunia nie.

First, aku nak korang tau bahawa Jihad is about Defend Not Offence. So, kalau ade orang kata penyerang berani mati yang langgar WTC masa tue sedang berjihad, I think you're wrong. Dalam Islam, tidak di benarkan menyerang orang lain sesuka hati. Aku percaya bukan Islam je yang melarang benda nie, agama lain pun sama jugak. Betul kan? Jika terdapat musuh yang hendak menyerang keamanan negara atau wilayah kita, kita wajib mempertahankannya. Itu baru jihad. Bukan suka-suka ko attack negara orang. Rasulullah sangat melarang umatnya berpecah dan baginda sangat sayangkan perpaduan. So, kalau da Rasulullah cakap macam tue macam mana pulak korang boleh kata attack negara lain tue sebagai jihad. Boleh korang explain benda nie kat aku?

Second, aku nak korang tau bahawa bukan senang-senang jer korang nak berperang dengan musuh. Kalau korang rasa nak berperang korang terus attack macam tue jer. Salah sebenarnya benda nie semua. Dalam Islam jika kita hendak berperang dengan musuh atau kita hendak memulakan peperangan kita mesti declare dulu benda nie kepada pihak musuh supaya mereka boleh buat preparation. Nampak macam pelik tapi inilah hakikat sebenar jihad dalam konteks perang. Islam bukan sebuah agama yang zalim untuk suka-suka mengambil kesempatan di kala musuh belum bersedia. Inilah yang dikatakan sebagai Prinsip Keadilan Islam dalam Berperang. Dalam keadaan berperang pun mereka boleh berlaku adil lagi. Dalam Islam bukanlah tidak di benarkan untuk kita attack musuh kita tapi macam yang aku cakap tadi lah, declare terlebih dahulu. Memang terdapat situasi yang memaksa kita untuk bertindak terlebih dahulu tapi harus di ingat bahawa caranya haruslah betul. Ini baru jihad yang sebenar.

Third, aku nak korang tau bahawa dalam medan perang tidak dibenarkan terdapat orang awam dan mereka yang tidak terlibat dalam tue. Tu lah tujuan nya kita kene declare dulu sebelum berperang. Harus di ingat bahawa mereka yang terlibat dalam peperangan tue mesti lah terdiri daripada askar-askar perang sahaja. So, kalau korang kata tragedi 9/11 tue jihad korang salah. Sebabnya ramai orang awam dan mereka yang tidak berdosa terkorban dalam tragedi tersebut. Click Here.

Lagi satu jangan suka-suka tuduh bahawa tragedy 9/11 tue perbuatan orang Islam selagi korang tak ade bukti yang sahih. Kita mesti ingat bahawa terdapat pelbagai propaganda berkenaan isu 9/11. So, aku nasihatkan korang kaji dengan teliti sebelum membuat sebarang tuduhan. Aku harap tak ada yang cuba untuk menunding jari membuta tuli mencari siapa yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut. Lagi sekali aku nasihatkan korang supaya membuat kajian yang lebih terperinci berkenaan isu nie supaya tidak berlaku perpecahan yang lebih besar dalam kalangan umat manusia. Aku hanya seorang insan yang inginkan perpaduan bukan perpecahan kerana perpecahan satu penderitaan yang sangat dasyat. 

Aku harap dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membuka minda semua umat manusia supaya tidak menyalah tafsirkan konsep yang sedia ada. Tolong jangan guna perkataan jihad hanya untuk kepentingan sendiri. Tolong paham apa yang dikatakan sebagai jihad ini. Tolong jangan suka-suka hati jer guna term nie. Nanti result die kita yang rugi. Aku harap lepas nie tak ade Umat Islam yang menyalahgunakan konsep jihad nie dan aku harap kepada Non-Muslim supaya tidak tertipu dengan propaganda-propaganda pihak musuh yang ingin memecahkan kita. Dengan penjelasan ini aku harap korang akan paham serba sedikit berkenaan Jihad dalam konteks peperangan menurut Islam.

Ini hanya pendapat aku berdasarkan perbincangan dengan rakan-rakan aku sebelum nie. Kalau korang rasa ada perkara yang perlu di tambah, korang boleh tulis kat ruangan komen. Kalau korang rasa pendapat ktorang nie salah pun korang boleh tulis dalam ruangan comment tue jugak. Aku harap korang boleh berkongsi serba sedikit pendapat korang masing-masing berkenaan isu nie. Aku budak baru belajar, so marilah kita sama-sama belajar dan membantu antara satu sama lain. Akhir kata dari aku, marilah kita sama-sama membentuk satu perpaduan yang utuh demi kepentingan bersama dan cubalah elakkan perpecahan dan permusuhan yang boleh merosakkan kita sebagai umat manusia. Sehingga bertemu lagi....BuBye.....


"Dan laknat Allah atas para musuh-musuh Allah iaitu orang-orang yang menganiaya (merampas hak-hak mereka) baik dari yang pertama hingga yang terakhir"

4 comments:

sha my heart said...

jom jihad

Mista Ieemmm...!!! said...

Jom Kak Sha...

sha my heart said...

kupasan yang panjang dan lengkap.

tq kerana ingatkan kita ada senjata 'datuk nenek kita'. =)

Mista Ieemmm...!!! said...

sama-sama...nasib baik paham hint tu ye...nak tulis jelas-jelas takut ada yang pelik lak nanti kan...haha...