Tuesday 21 February 2012

Seni Mempertahankan Diri

Salam buat semua semoga berada dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu. Harap pada hari ini kita akan menjadi lebih baik berbanding semalam dan esok lebih baik berbanding hari ini dan seterusnya. Rajin pulak aku update blog nie. Semalam baru jer buat new post, hari nie da start buat post baru lagi. Takpe la kan, sementara ada masa nak menulis nie kan. Nanti dah busy balik susah pulak. Okey, hari nie aku nak buat satu entry berkenaan seni mempertahankan diri. Alright, let's start....

Dekat dunia nie ada banyak jenis seni mempertahankan diri yang datang dari pelusuk dunia. Ade lebih dari seribu jenis semuanya. Hampir semua kaum, puak dan bangsa kat dunia nie ade seni mempertahankan diri masing-masing dan setiap bangsa itu tidak terhad hanya kepada satu jenis seni mempertahankan diri sahaja. Oleh hal yang demikian, kita bolehlah katakan seni mempertahankan diri nie merupakan salah satu daripada budaya bangsa kita sendiri. Tapi hari nie aku bukan nak cerita pasal semua martial art kat dunia nie tapi aku fokus kepada seni mempertahankan diri Orang Melayu dan aku kecilkan lagi skopnye kepada seni mempertahankan diri yang paling aku minati. Dalam kata lain, hari nie aku nak share dengan korang tentang seni mempertahan diri yang menjadi pilihan aku.



Di pendekkan cerita aku nak share dengan korang berkenaan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM). Kenapa aku nak share pasal PSSCM nie? Sebabnya macam aku cakap tadi, aku belajar sebab aku nak pertahankan diri aku. First impression aku berkenaan PSSCM aka Silat Cekak nie sangat positif sebab aku di beritahu bahawa Silat Cekak nie merupakan 99% defend. Click Here. So, apabila kita mempelajari Silat Cekak, kita akan di ajar cara-cara untuk mempertahankan diri kita apabila berhadapan dengan musuh. Masa mula-mula aku belajar tue, aku langsung tidak di ajar macam mana nak tumbuk orang sampai lebam atau patah tulang, langsung tak di ajar macam mana nak tendang dan terajang orang tapi di tunjukkan bagaimana untuk menangkis serangan daripada musuh. So, aku mula berpikir. Betul jugak cakap tenaga pengajar aku nie. Kata nak belajar seni mempertahankan diri, so nak buat apa belajar nak tumbuk or pukul orang. Cukuplah sekadar belajar cara nak tangkis serangan daripada orang lain. Tapi tak bermaksud ketika korang menagkis serangan tue korang just semata-mata tangkis, mestilah ada pemakannya sekali kan. Apa yang aku cuba sampaikan dekat sini kita tidak di ajar untuk memulakan pertelingkahan tapi di ajar cara untuk menyelesaikan pertelingkahan tue apabila ada sesiapa (musuh) yang cuba untuk menyerang atau mencederakan diri kita. Korang dah dapat setakat nie kan.

Seterusnya, aku juga sangat berminat untuk belajar Silat Cekak nie sebab ia merupakan sebuah martial art yang sangat unik. Pertama, Silat Cekak nie tidak memerlukan kita untuk berkuda-kuda, tari menari, lompat melompat tetapi hanya sekadar berdiri lurus. Bagaimana kita hendak mempertahankan diri kita dalam keadaan berdiri lurus nie? Kalau korang nak tau kene lah join dulu. Dalam Silat Cekak nie kita hanya mempunyai 4 jenis kaedah dan terdiri daripada 21 jenis buah. So, sangat mudah untuk mempelajari dan mengingatinya. Selain tue, dalam sistem matapelajaran Silat Cekak kita hanya perlu mengikuti 4 jenis peringkat kelas untuk membolehkan kita menamatkan pembelajaran kita. Click Here. Jadi, kita tidak perlu makan masa yang lama untuk menguasai keseluruhan pelajaran Silat Cekak ini. Sebagai seorang Muslim atau yang Beragama Islam anda tidak perlu berasa risau atau takut jika terdapat sebarang amalan yang mungkin menyebabkan diri kita berada dalam keadaan syirik kepada Allah kerana Silat Cekak tidak mengajar kita untuk berbuat syirik kepada Allah dan ini telah dinyatakan di dalam Visi PSSCM itu sendiri iaitu untuk mendaulatkan seni silat melayu asli dan menghapuskan segala bentuk tahyul dan khurafat yang bertentangan dengan akidah dan iktikad kita sebagai seorang yang Beragama Islam. Click Here. Selain itu Silat Cekak merupakan salah satu seni silat melayu asli dan oleh hal demikian kepada siapa lagi silat ini perlu di pelajari kalau bukan kepada diri kita sendiri sebagai Orang Melayu yang Beragama Islam.

Aku juga memilih untuk menyertai Silat Cekak ini kerana di dalam persatuan ini kita tidak hanya tertumpu kepada aktiviti silat sahaja tetapi kita juga mempunyai aktiviti yang lain selain daripada silat dan oleh sebab itu ianya di kenali sebagai sebuah persatuan. Sebagai contoh, ketika aku menyertai PSSCM ketika aku berada di IPT dahulu aku banyak menyertai aktiviti lain yang sangat best dan seronok. Sebagai contoh, majlis makan malam, barbeque, main go-kart, dan aktiviti riadah yang lain. Selain tue, kitaorang juga ade menyertai aktiviti-aktiviti motivasi dan kepimpinan seperti seminar dang bengkel tertentu dan kitaorang juga mengadakan Kelas Marhaban setiap hari Khamis. Banyak lagi aktiviti lain yang boleh kita jalankan apabila kita join persatuan nie. Senang cerita kita tidak hanya belajar silat semata-mata tetapi pelbagai benda baru akan kita pelajari hanya dengan menyertai PSSCM ini. Seronok bukan?

Jadi, kalau nak di simpulkan dengan mudah, PSSCM ini merupakan sebuah seni mempertahankan diri yang sangat bagus, unik dan perlu di pelajari oleh kita semua sebagai Orang Melayu yang Beragama Islam kerana melaluinya kita akan dapat mempertahankan diri kita dari segi fizikal, rohani dan mental. Tetapi jangan salah paham pulak. Apabila aku kata kita perlu belajar silat nie tak bermakna korang tak boleh nak belajar martial art lain. Korang boleh belajar berapa banyak martial art yang korang nak dan yang korang minat, aku just kongsi dengan korang minat aku sahaja. Lagipun, belajar banyak benda nie kan bagus untuk kita jugak. Ilmu tue kan satu keperluan dalam diri kita untuk memajukan diri kita sendiri, jadi tak salah kalau nak belajar dan dapat banyak ilmu tetapi kita perlu ingat supaya tidak salah memilih ilmu kerna ada ilmu yang boleh merosakkan diri kita jugak (nanti kita discuss lain okey).



So, pilihan di tangan anda. Aku hanya berkongsi dan jika anda berminat untuk menyertai PSSCM atau nak tau lebih lanjut pasal PSSCM korang boleh click dekat gambar atas nie. Maklumat lengkap semuanya ada dalam tue. Yang aku share nie hanya sekadar ringkasan sahaja. Nasihat aku untuk korang yang masih tercari-cari berkenaan martial art nie senang jer. Kalau korang sakit, tanyalah doktor, kalau korang nak buat laporan jenayah jumpalah polis, kalau korang nak buat laporan kebakaran jumpalah bomba dan kalau korang nak tau pasal PSSCM tanyalah ahli PSSCM, bukan tanya pada Tony Jaa atau Stone Cold. Sehingga bertemu lagi dalam entry seterusnya. Salam perpaduan dari saya....BuBye....

Wajiblah menjaga diri sendiri,
menerima amanah Tuhan Rabbi,
supaya menjadi mukmin sejati,
 
demi menegak Islam yang suci.  
*Pantun Cekak 
 

1 comment:

shamyheart said...

Setuju dengan entri ini. =)

Banyak dapat dari persatuan.

Bersama dan bersatu, segalanya kita.