Monday 20 February 2012

The Customer Is Always Right

Salam perpaduan dan salam menambah pengetahuan buat semua pengunjung dan pembaca blog ini. Agak lama rasanya aku tak update blog nie. So, hari nie aku rase aku da dapat idea nak buat entry baru. Macam yang korang dapat lihat kat title atas tue, hari nie aku nak tulis berkenaan satu statement yang sangat common kita dengar sampai hari nie iaitu "Customer Is Always Right". Persoalannya kat sini betul ke statement tue?



Kalau kita translate ayat tue dalam bahasa melayu ianya membawa maksud pelanggan selalu betul. Aku tau korang tau maksudnya dalam bahasa melayu tapi sajeje aku translatekan. Rase-rase korang betul ke customer nie selalu betul. Seperti mana yang kita tau, dalam sesebuah business, customer merupakan satu entiti terpenting dalam menjana keuntungan dalam perniagaan kita. Tanpa customer maka perniagaan kita tidak akan berjalan dengan baik dan comform la business kita lingkup nanti kan. So, kebanyakkan peniaga akan menggunakan statement kat atas tue sebagai dorang punye tag line dalam perniagaan.

Namun, kalau kita pikir balik takkan lah customer sentiasa betul. Kalau kita bace statement tue dan translate secara literal kita akan dapat hasil umpama customer tue maksum la plak kan...haha...Tapi takkan lah customer tue maksum lak kan. So, kalau kita baca ayat tersebut dalam konteks yang aku cakap tue maka customer tue sentiasa betul dalam setiap tindakannya. Dalam hal nie kalau ade customer mencuri atau ade customer yang membuat kesilapan ketika membeli barang atau mendapatkan perkhidmatan kita (peniaga @ orang yang memberikan perkhidmatan) maka kita tak boleh lah nak tahan dorang atau nak salahkan dorang. Yelah, kan customer always right. Kalau macam tue ape guna beberapa buah pusat membeli belah atau yang sewaktu dengannya tue ade menyediakan security dalam bangunan perniagaan dorang. Takkan juz untuk membantu customer yang sesat dalam shopping complex or juz nak tangkap staff yang mencuri. Kalau customer always right, maka kalau ade customer yang mencuri barang jangan lah tangkap dorang sebab dorang sentiasa betul. Juz tangkap staff yang mencuri jer, customer jangan. Macam tue ke? Mesti korang cakap "tak boleh lah macam tue".

Kalau korang perasan dalam beberapa tempat perniagaan yang ada jual barang atau display barang yang mudah pecah mesti dorang ade tulis ayat keramat nie:-

"Nice to See, Nice to Hold, Once Broken Consider Sold"

Apa maksud ayat kat atas tue? (aku tanye definisi tau bukan translatekan). Maksudnya kalau ada sesiapa yang buat barang tue rosak atau pecah maka individu tersebut harus membayar barang tersebut berdasarkan harga yang di tetapkan. Tapi persoalannya kat sini kalau yang pecahkan barang tue adalah customer macam mana sebab tadi kata customer always right? Kalau dorang kena ganti jugak maknanya korang da langgar prinsip korang sendiri iaitu "Customer is Always Right" (banyaknye aku highlight statement tue).



Jawapannya adalah kita kene paham dulu maksud statement tue baru kita pertikaikan hal tersebut. Statement ataupun quotation kat atas tue di ilhamkan oleh the founder of London's Selfridges Store yang dibuka pada tahun 1909 iaitu Harry Gordon Selfridge. Click Here. Beliau buat slogan tue sebab nak customer aka pelanggan beliau rasa yang mereka itu sangat istimewa apabila mereka membeli barangan dengan beliau. Beliau nak customer rasa mereka akan mendapat layanan yang baik daripada staff yang bertugas dan ini akan membawa kepada keseronokan customer untuk menyokong perkhidmatan atau perniagaan beliau. Apabila customer merasakan mereka sentiasa betul walaupun kadang-kadang sebenarnya dorang salah maka mereka akan rasa diri dorang di hormati dan di alu-alukan untuk mengunjungi tempat perniagaan atau perkhidmatan tersebut. So, dalam hal nie statement yang di katakan oleh beliau seperti yang aku nyatakan kat atas tue (malas nak tulis lagi) sebenarnya membawa maksud bahawa setiap peniaga ataupun mereka yang memberi perkhidmatan harus mengutamakan pelanggan mereka dengan memberikan service yang paling baik kepada mereka supaya mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang kita sediakan. Click Here. Hal ini akan membawa kepada kesan yang sangat positif kepada seseorang peniaga kerana jika hal ini terjadi sudah tentu customer yang datang tadi tue nak datang lagi kat tempat perniagaan kita sebab dorang puas hati dengan perniagaan kita malah tak mustahil dorang akan recommend kat member-member dorang berkenaan perkhidmatan yang kita sediakan. Betul tak? Ye, aku nampak korang angguk kepala tanda setuju.

So, kita kena paham apa yang di maksudkan dengan statement di atas terlebih dahulu. Tapi macam mana kalau ade customer yang mencuri atau memecahkan atau merosakkan barangan kita (peniaga @ pemberi perkhidmatan)? Bolehkah kita mengambil tindakan terhadap dorang? Jawapannya sudah tentu boleh. Sebab kalau kita tengok definisi customer dari sudut perniagaan ianya membawa maksud individu ataupun organisasi yang "membeli" barangan ataupun perkhidmatan daripada individu ataupun organisasi lain dan meraka akan "mendapat manfaat" daripada barangan ataupun perkhidmatan yang disediakan. Click Here & Here. Korang nampak tak ade dua perkataan yang aku highlightkan dalam definisi tadi. Kenapa aku highlightkan perkataan tersebut? Sebabnya aku nak buktikan kat korang yang statement mamat tadi tue tak salah kalau kita paham maksud sebenarnya ataupun kalau korang nak translate kan secara literal. Kalau ade customer yang mencuri maka sebenarnya dia bukanlah seorang customer sebab customer adalah individu ataupun organisasi yang membeli barangan ataupun perkhidmatan bukan yang mencuri. Kalau ade customer yang terpecahkan barangan kita maka dia bukanlah customer sebab customer akan mendapat manfaat daripada barangan ataupun perkhidmatan yang disediakan. So, kalau dah pecahkan barang seseorang peniaga tue apa manfaat yang die dapat? Nanti ada pulak yang cakap manfaat dia dapat merugikan perniagaan orang lain. Ha, nie jawapan die. Kalau korang nak lingkupkan perniagaan orang lain korang bukanlah seorang pelanggan tapi seorang pendengki.

Aku harap korang paham apa yang aku cuba sampaikan kat sini dan aku harap lepas nie korang tak confius lagi kalau ade orang atau customer persoalkan statement tersebut sebab korang da ade jawapannya. Kadang-kadang ramai yang tak bersetuju dengan statement nie sebab dorang tak paham maksud di sebaliknya. Jadi aku harap dengan penulisan aku kali ini ianya dapat membantu pelanggan dan peniaga (termasuk orang atasan mahupun staff bawahan) yang masih lagi tak jelas berkenaan slogan yang biasa digunakan nie. Kalau korang takut orang lain konfius ataupun pertikaikan jugak korang tukarlah slogan lain pulak macam yang aku tulis kat bawah nie...Hehe...Ingat, customer is always right but not all customers need to stay customers. Sehingga bertemu lagi....BuBye....

"Customer Basically Right"
* Based on the terms and conditions

 

2 comments:

shamyheart said...

faham..
oo, begitu. terima kasih bagi penjelasan =)

Unknown said...

Salam,
Ade customer datang kedai..dia datang nk tukar barang..dengan resit takde..padahal dekat kaunter.. cashier dah bagi duit baki dengan resit...tapi customer tak nak amik...bile die datang nk tukar ckp kami tak notice die resit die tak amik..padahal dia sendiri nampak resit tu die tak amik..lepas tu kami ckp takde resit tak boleh tukar barang...die pulak ckp.. procedure mne kami ikut tak boleh tukar kalau takde resit...lepas die berkeras nk tukar die ckp die tahu procedure kedai kalau nk tukar barang...lepas tu dengan bangga ckp "customer always right"...sye tak mati akal..cumanya kalau sye sambung berdebat dengan dia confirm takkan habis...terpaksa turutkan je ape dia nak...bile sye bace nie...tapi bile sye bace nie alhamdulillah...lepas nie sye boleh berdebat dengan tenang. Ahahah