Wednesday 24 August 2011

Power vs Influence

Hello to all my beloved readers. Today I've got a new idea about my next entry. Yeah, hari nie aku nak cerita cikit berkenaan "kuasa" dan "pengaruh". Mana satu yang lebih hebat antara dua benda nie. But, before I continue to write about this issue, aku nak meluahkan perasaan gembira aku kat cinie dulu jap. Boleh yer. Aku juz nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua bloggers yang sudi melawat blog aku yang tak seberapa nie, yang sudi memberi komen, memberi pendapat korang dan yang sudi jadi follower aku kat cinie. I really appreciate that. Aku pun sebenarnye tak sangka ada orang yang akan jenguk blog aku nie and aku sebenarnye tak ade pengalaman dalam dunia blogger nie but thanks goodness sebab nampaknye semua blogger kat dunia nie sentiasa support blogger-blogger baru macam aku nie. So, ini telah memberikan aku satu semangat untuk aku teruskan penulisan aku dalam nie. Aku harap korang still lagi sudi nak baca entry-entry aku lepas nie. Thank you very much to all of you for your support and all of you are the bessttttttttt.....!!!!

Orait, selesai sudah sesi meluahkan perasaan....hahaha. Sekarang aku nak teruskan berkenaan isu yang aku nak bincangkan nie. Power and influence, yang mana satu lagi hebat pada pandangan aku. So, what do you think about this? Okey, sebelum tue aku nak bagitau dulu, power yang aku maksudkan kat cinie adalah berkenaan dengan position. Kedudukan seseorang itu. Kalau kita lihat realitinya sekarang nie sesiapa yang ada position pasti mempunyai kuasa dan authority dalam sesebuah organisasi sama ada sekecil-kecil organisasi sehinggalah sebesar-besar organisasi. Kita ambik contoh seorang Perdana Menteri atau seorang Presiden sesebuah negara itu pasti mempunyai kuasa keatas orang bawahan dan rakyatnya. Apa sahaja arahan dia pasti ramai yang ikut walaupun ada jugak yang kritik. Jika dia tidak berpuas hati dengan kita dia boleh throw out kita semua. Juz bagi order pada pihak berkuasa, semua nya settle. Betulkan? Kita ambik contoh kat Malaysia la. Semasa era Tun Dr Mahathir dulu beliau telah berjaya membuang seorang Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas berserta dengan tiga orang Hakim Mahkamah Agong. Ketika pemerintahan beliau jugak, beliau telah berjaya membuang kuasa veto Raja-Raja Melayu kat Malaysia dengan membuang imuniti mereka dari di hukum apabila membuat kesalahan. Semua ini berjaya di lakukan kerana beliau mempunyai kedudukan yang tinggi dalam negara pada ketika itu iaitu sebagai ketua kerajaan. Yeah, tindakan beliau juga tidak salah menurut Perlembagaan Persekutuan kerana seseorang Perdana menteri itu mempunyai kuasa untuk memecat ahli kabinetnya. Aku bukan nak cerita keburukan atau penyalahgunaan kuasa dalam pucuk pimpinan negara tetapi aku juz nak menggambarkan pada korang betapa kedudukan itu merupakan satu kekuasaan yang tinggi. Lagipun, aku memang admire die pun.So, korang boleh nampak kan apa yang aku cuba nak ceritakan kat cinie. But, how about influence?

Ha, macam mana pulak dengan pengaruh atau influence nie? Bukan ke kalau kita ada power, ada position secara tidak langsung kita akan ada influence? Yup, betul tue. Kalau kita ada power, ada position pasti kita ada pengaruh dan kroni kita sendiri. Betulkan? Tapi yang beza nya kat cinie bilangan pengaruh tue. Kita punya pengaruh memang besar-besar semuanya, hebat-hebat semuanya kalau kita ada kedudukan, tambahan lagi kalau kita ada duit. Tapi bilangannya tak sama antara pengaruh golongan elit dengan golongan marhain nie. Memang orang-orang besar nie boleh arahkan polis dengan tentera untuk memihak kepada mereka tapi bolehkan mereka semua nie melawan kesemua rakyat atau golongan marhain nie? Secara logiknya, rakyat ataupun orang bawahan nie bilangannya lebih ramai daripada bilangan orang atasan iaitu golongan yang mempunyai kedudukan nie. Cuba korang bayangkan kalau seorang daripada golongan bawahan, mereka yang tak ada power, tak ada position nie hasut dan mempengaruhi kesemua orang dalam kelas yang sama agak-agak korang boleh tak dorang melawan golongan yang ada power ngan position? Kompem-kompem la boleh kan. Benda nie secara realitinya pun kita boleh tengok dengan mata kepala kita sendiri. Tahun 2011 adalah tahun yang paling banyak berlakunya revolusi dan demonstrasi untuk menumbangkan golongan atasan. Korang tengok jela kat middle east tue, makin lama makin merebak wabak nie. Kesan dia apa. Golongan atasan memang tak boleh melawan pengaruh mereka nie. Nie la yang dikatakan sebagai people power. People power tue lebih hebat daripada elit power. Influence dorang lagi besar. Memang golongan elit nie boleh bertindak atas dasar kedudukan mereka dan boleh menyuruh orang bawahan untuk mendengar nasihat mereka tapi rakyat dan golongan marhain zaman sekarang semuanya sudah matang. Da pandai berfikir yang mana yang benar dan mana yang salah. Kalau golongan atasan layan dorang baik tak mungkin golongan bawahan nak layan dorang dengan buruk. Kalau segala keperluan orang bawahan di jaga tak mungkin berlaku insiden macam dekat timur tengah tue. Betulkan? Tapi korang jangan pikir kata aku hasut korang pergi buat demonstrasi lak. Aku tak suruh pun. Aku cuma nak korang pikir yang influence nie lagi hebat daripada power dan position. Lebih banyak pengaruh korang lebih hebat lah korang. Aku cuma tak nak ada sesetengah daripada kita yang ikut telunjuk orang atasan kerana takut dengan power dorang. Biar kita ikut telunjuk dorang sebab kita respect dengan dorang. Kalau dorang respect kita kompem kita respect dorang jugak kan. Reciprocal lah. So, lepas nie tak payahlah nak takut sangat dengan dorang tapi respect dengan dorang sebab your influence is more better than their power and position. Aku harap korang paham lah dengan apa yang aku nak bincangkan kat cinie. Ambil lah iktibar daripada apa yang telah berlaku. So, sampai di cinie sahaja lah perbincangan aku berkenaan isu nie. Kalau ada apa-apa yang korang nak tambah bolehlah tambah kat ruangan komen nie okey. Atau korang tak bersetuju dengan aku ke kan. Orait, thats all for today. Harap-harap MKM tak pantau lah blog aku nie sebab takut menggugat keselamatan negara plak. Pikir-pikirkan lah dulu abang-abang yer sebelum bertindak. Okey....BuBye.....


"There is no wealth like wisdom, no destitution like ignorance, no inheritance like refinement and no support like consultation"
- Ali Bin Abi Talib -

2 comments:

mohad said...

selamat hari raya..

Mr. Unknown said...

Selamat Hari Raya....Maaf Zahir dan Batin....