Monday 22 August 2011

Matangkah Kita?

Salam buat semua. Hari nie aku nak buat 1 lagi entry baru. Entry kali nie aku nak menyentuh berkenaan matang. Nampak macam tak best jer kan tajuk entry nie. Tapi takpe lah, kita tengok jela nanti kesudahannya. Best ke tak okey.

Firstly, aku nak tanye korang. Ape yang korang paham berkenaan matang nie? Ape yang bermain kat benak fikiran korang bila kita berbincang soal matang? What do you thinks about this term.....Kompem ada bermacam-macam andaian berkenaan matang nie kan. Ada yang kata matang tue bermakna kita sudah dewasa. Ada jugak yang kata matang nie kita mampu membuat keputusan sendiri dan ada gak yang kata matang nie bermakna kita dah tak berperangai seperti kebudak-budakan. Banyak andaian yang kita boleh dapat daripada term nie kan. Then, aku nak tanye korang lagi. Apa ukuran matang bagi korang? Camne kita nak kata seseorang itu di katakan sebagai matang? Apakah criteria bagi seseorang yang matang? Hurm....korang fikir dulu yer sebelum korang teruskan apa yang aku nak tulis kat bawah nie......be honest....hehehe.....



Perangai

Ada beberapa kelompok dari kita yang berpendapat matang itu di lihat dari segi perangai seseorang itu. Jika seseorang itu berperangai seperti kebudak-budakan, maka dia masih lagi di katakan sebagai tidak matang. Sebagai contoh, adik-adik kita yang masih kecil akan berperangai seperti kebudak-budakan dan ini di katakan sebagai tidak matang. Ini kerana pada usia tersebut mereka lebih suka bermain dan berhibur sahaja. Namun, hal ini berlainan dengan mereka yang sudah dewasa. Mereka yang sudah dewasa akan kurang bermain dan berhibur seperti kanak-kanak dan hiburan mereka juga berbeza dengan kanak-kanak tersebut. So, hal ini lah yang dikatakan sebagai matang oleh sesetengah pihak. Secara mudahnya mereka berpendapat bahawa seseorang itu akan di kelaskan dalam kategori matang bergantung kepada perangai dorang yang mana ia juga sebenarnya berkait rapat dengan faktor usia. Yup, bila kita sentuh soal perangai kita juga akan sentuh hal usia. Aku rasa bab nie semua orang setuju kan. Bila kita masih lagi di usia muda atau masih lagi di peringkat kanak-kanak kita di katakan sebagai tidak matang dan bila kita sudah meningkat dewasa iaitu sudah semakin berusia kita akan menjadi semakin matang kerana kita tidak lagi berperangai seperti kebudak-budakkan. Kita tidak lagi suka bermain kotor, tidak lagi duduk bawah ketiak mak, tidak lagi manja yang mengada-ngada and so on. Tapi akan timbul pulak satu lagi persoalan kat sini kerana terdapat beberapa kelompok yang sudah dewasa tetapi masih lagi berperangai seperti kebudak-budakan yang kadang-kadang buat korang annoying giler tengok dorang tue. Betul kan? Korang mesti pernah alami situasi macam tue sebelum nie. So, macam-mana kita nak kelaskan dorang nie?

Pemikiran

Terdapat jugak sebahagian daripada kita yang mengaitkan tahap kematangan seseorang itu dengan cara pemikirannya. Mereka yang dikatakan sebagai matang ini terdiri daripada mereka yang mempunyai tahap pemikiran yang mana ia dapat berfikir secara kreatif, terbuka dan mempunyai pandangan dan idea yang lebih luas. Inilah yang dikatakan sebagai matang oleh sesetengah pihak. Sebagai seorang manusia yang kian dewasa, kita haruslah selari juga dengan cara pemikiran kita. Yela kan, kalau ko da umur nak masuk 20-an tapi cara ko pikir macam budak darjah 1, then what is the differences between you and them. Korang kira sama level jugak la dengan dorang kan. Umur je yang bezanya. Kalau dorang sama level dengan korang okey la lagi. Boleh bersabar lagi. Tapi kalau orang cop korang sama level dengan dorang memang malu giler la kan. Kalau jadi macam nie cara terbaik adalah dengan mencari bangunan paling tinggi kat kawasan korang, lepas tue korang terjun, naik balik, terjun lagi skali. Sumpah rasa looser giler kalau jadi macam tue kan. Tapi kan, kalau budak tadika boleh pikir something di luar kotak adakah kita boleh kelaskan dia tue matang jugak? Kalau dorang boleh bagi pandangan macam politicion kita boleh kata dorang matang jugak ke? Ha, kan da pening.....So, kalau korang, korang nak pilih yang mana? Macam mana korang nak kelaskan seseorang itu sebagai matang? Do you have any idea?


Pandangan Aku


Aku yakin ramai di antara korang yang ada idea sendiri berkenaan isu nie. Korang mesti ada pandangan korang sendiri dan alasan korang sendiri kan. Tak salah semua idea korang tue selagi korang yakin ianya betul dan tak ada sesiapa yang argue dengan korang. Orait, aku pun ada idea dan pandangan aku sendiri berkenaan isu matang nie. Yela, tak kan korang je boleh bagi pandangan. Aku pun nak bagi pandangan aku jugak. Okey, aku sebenarnya lebih bersetuju dengan kenyataan yang second tue but the first one tue pun ada kaitan jugak sebenarnya. Ha, nanti aku jelaskan. Bagi aku, seseorang itu di katakan sebagai matang apabila cara pemikiran dia juga berubah menjadi matang. Tapi, persolannya macam mana kita nak tau cara pemikiran seseorang itu adalah sebuah pemikiran yang matang? Orait, seseorang itu boleh di katakan mempunyai cara pemikiran yang matang apabila dia dapat mengenal pasti sesuatu action itu baik atau tidak. Dia dapat memikirkan sesuatu tindakan itu harus di lakukan atau tidak dan alasannya. Lagi satu dia harus akui kesalahan yang dilakukan. Senang cerita macam nie la. Sebelum korang mengambil sesuatu tindakan korang kene pikir dulu tindakan korang iu betul atau salah, baik atau buruk dan alasannya. Then, korang pilihlah dengan menggunakan akal pikiran korang yang waras tue. Pastu, kalau korang pilih untuk mengambil tindakan yang salah korang harus tahu tindakan korang tue salah. Yela, mungkin korang ada sebab korang sendiri kan. Contohnya macam smoking la. Korang tau tak bagus smoking tue kan. Tapi ada jugak yang smoking. Tapi, korang kena akuilah tindakan korang tue salah. Nie tak, da tau smoking tue salah, pastu bila ada orang argue tindakan korang tue korang boleh marah die pulak. Bagi macam-macam alasan. Tak payah la ye. Belajar mengaku kesalahan sendiri.

Lagi satu korang kene tau yang cara pemikiran yang terbaik macam nie needs a lot of knowledge. Lagi banyak knowledge korang ada, lagi luas la daya pemikiran korang. Lagi bagus la korang membuat penilaian. Sebab tue orang kata knowledge is important. Kalau korang miskin harta tapi kaya dengan ilmu orang respect ko beb. Knowledge korang tue boleh bawak korang berdiri sama level dengan orang kaya yang lain walaupun korang nie tak ada harta. Dalam Islam, Rasulullah pun suruh kita menuntut ilmu sehingga ke Negeri China. Menuntut ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad. Korang ingat saja-saja je ke dia cakap macam tue. Kompem ada nilai yang sangat besar di sebalik kata-kata tue. So, kat situ kita da nampak betapa pentingnye ilmu pengetahuan nie. Dengan ilmu nie la dia berjaya mengasah daya pemikiran kita. Dengan ilmu nie la kita dapat membuat penilaian dengan baik. Dengan ilmu nie jugak lah dia akan membantu mengubah kita ke arah yang lebih baik. Korang tak nak ke jadi camtu. Fikir-fikirkan lah ye.....

Aku tau pasti ada yang mempersoalkan benda nie nanti. Antaranya, kalau cara pemikiran die da matang tapi perangai dia macam budak-budak lagi mcam mana pulak? Boleh ke kita kata dia nie matang? Ha, apa pendapat korang? Kalau aku senang je nak jawab. Kalau da cara berfikir dia matang tak mungkin dia berperangai seperti budak-budak. Kak, kalau da dia boleh menilai sesuatu tue dengan baik takkan la dia nak mengada-ngada macam budak-budak lagi kot. Kan pelik je bunyi dia. Sebab tue aku cakap statement yang first dengan second tue saling berkaitan. Memang la ada gak yang cara pikir okey da tapi perangai yang kureng cikit. Tapi tak ramai kan yang macam tue. So, tak payah la nak ambik kes-kes yang terpencil nie. Nie da kategori special la nie. Kalau ada yang kata banyak gak, cinie aku nak tanye....Da abis matang da ke cara dorang berfikir tue? Tepuk dada, tanye selera....BuBye.....


"Berfikir sebelum bertindak, Anda mampu mengubahnya"
- Pesanan Penaja -

4 comments:

Dewi said...

hoho bagus entri ni, matang tu bagi aku bila kita mampu menahan rasa marah bila dimarah, mampu sabar bila byk dugaan melanda, mampu buat tak tahu je bila byk org mengata, mampu bertahan lama bila diuji dan mampu tersenyum bila hati dirundung duka.

Mr. Unknown said...

hurm...betul2....orang yang hebat adalah orang yg berjaya mengawal nafsu amarah dia...orang yang berjaya mengawal nafsu nie pasti senang untuk menghadapi cabaran dunia nie....sebab tue kita kena mendahului akal berbanding nafsu kita...nice idea bro....keep sharing with me....tq...

erleena said...

nice oneeee, tgok cite katun pon kire tak mtg eh haha

Mr. Unknown said...

hahaha....nape plak xmatang lau tengok citer kartun...bukan citer tue yang kita nilaikan tapi pembawaan citer tue yang penting....sometimes ada jugak citer kartun yang bagus dan ada mesej yang baik dan kadang-kadang kita tengok untuk menimbau kenangan masa zaman kanak-kanak kita...xsalah pun tue,xboleh nak di katakan sebagai xmatang macam tue sebab kita melihat pada nilai cerita tue kan...yeah,maybe.....hehe..